28 Julai 2009

Gambar Sekolah

















Gambar SK Sultan Abdul Aziz

27 Julai 2009

Pengenalan Sekolah

Pada awal tahun 1950, D.A. Borrie selaku Pegawai Daerah dan Pengerusi Majlis Bandaran Kuala Selangor telah menyediakan sebuah ‘Memorandum’ bagi pihak 110 000 penduduk daerah Kuala Selangor. Berdasarkan kepada ‘Memorandum’ tersebut maka pihak kerajaan telah bersetuju membuka sebuah sekolah Inggeis Kerajaan di daerah ini.
Dengan jasa baik Taukeh Teh Aik Chong yang telah mendermakan sebuah bangunan yang pernah dijadikan kelab golf , maka pada 4 september 1950 terdirilah sebuah sekolah Inggeris yang pertama di daerah Kuala Selangor.
Sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Raja Uda, Menteri Besar Selangor ketika itu dan telah dinamakan Government English School, Kampong Kuantan.
Guru Besar yang pertama ialah En. D. S. Attygale. Ketika dibuka ianya mempunyai hanya seramai 119 orang murid termasuk anak taukeh Aik Chong iaitu Teh Chai Kee.
Kesemua murid-murid ini datang dari seluruh daerah Kuala Selangor termasuk kawasan Tanjong Karang yang terdiri dari perbagai kaum.
Namun begitu kebanyakkannya datang dari kampung-kampung dan ladang-ladang yang berhampiran dengan kampong Kuantan.
Pada tahun 1954, dua buah bangunan tambahan yang mengandungi lapan bilik darjah telah siap didirikan. YTM Tengku Salehuddin Abdul Aziz Shah , Raja Muda Selangor ketika itu telah merasmikan bangunan tersebut.
Sekolah ini terus berkembang . Pada tahun 1957 sekolah ini telah memulakan pelajaran menengahnya. Sebuah kelas tingkatan satu telah dibuka pada tahun yang sama. Pada tahun 1958, empat buah lagi bilik darjah telah dibina. Di akhir tahun 1959, kumpulan pertama dari murid sekolah ini seramai 36 orang menduduki peperiksaan LCE, dan 18 orang pula telah lulus dalam peperiksaan tersebut.
1 Januari 1960 merupakan satu lagi tarikh bersejarah bagi sekolah ini . Pentadbir sekolah rendah dan menengah telah diasingkan. En. Loh Pak telah dilantik sebagai guru besar sekolah menengah . Sejak tahun itu, sekolah ini telah digelar dengan panggilan ‘The English School’ di Kampong Kuantan. Sekolah ini pernah mempunyai murid seramai 1 500 orang pada satu masa.
Pada 1 Januari 1963, sekolah menengah yang dijalankan di kawasan sekolah ini dipindahkan ke Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor. Oleh yang demikian sekolah rendah juga dinamakan Sekolah Rendah Kebangsaan ( Ing ) Sultan Abdul Aziz.